Kita Punya Chat Box

mana yg betul sebenarnya..?

Monday 3 November 2008

Beri ruang anak tempatan Sabah pegang jawatan dalam GLC (syarikat2 Kerajaan), kata Datuk Seri Joseph Pairin

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan kepada kerajaan agar syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) akan membuka ruang kepada anak-anak tempatan Sabah untuk menduduki jawatan-jawatan penting di peringkat pengurusan dan mendapat peluang-peluang perniagaan.

Presidennya, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata, kita masih tidak berpuas hati dengan penyertaan golongan Bumiputera Sabah dalam syarikat-syarikat GLC.

“Sabah mempunyai ramai anak-anak muda berbakat se-perti Datuk Seri Idris Jala yang berasal daripada Sarawak yang kini terkenal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Peng-arah Urusan Syarikat Pener-bangan Malaysia (MAS), na-mun mereka masih menanti peluang diberikan oleh syarikat-syarikat GLC untuk membuktikan kemampuan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Kongres ke-23 parti itu yang diadakan di Hongkod Koisan, Penampang.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, untuk tujuan itu, PBS akan menu-buhkan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan secara keseluruhan dan mencadangkan kepada kerajaan langkah-langkah yang perlu diambil.

“Oleh yang demikian, saya menyeru agar GLC seperti Pet-ronas tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dengan memastikan peluang-peluang perniagaan diberikan kepada anak-anak tempatan Sabah,” katanya.

Kita juga katanya, inginkan Petronas mengagih-agihkan peluang-peluang, baik yang kecil mahupun besar secara adil dan saksama dan membantu agar usahawan-usahawan tempatan berpeluang untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

“Tiada gunanya negeri Sa-bah menjadi pengeluar minyak terbesar suatu hari nanti sekiranya faedah pembangunan tidak dinikmati anak-anak tempatan,” tegasnya.

Oleh yang demikian kata-nya, PBS berpendapat industri minyak dan gas perlu perhatian khusus kerana Sabah akan menjadi pengeluar minyak dan gas terbesar tidak lama lagi.

“Saya mencadangkan agar PBS menubuhkan Jawatan-kuasa Khas untuk mengkaji perlembangan industri minyak dan gas di negeri ini dan sete-rusnya mengkaji peluang-peluang dan penyertaan anak-anak tempatan dalam industri itu dan melaporkan hasil kajian mereka kepada beliau (Pairin) untuk tindakan parti itu selanjutnya,” katanya.

Mengenai ancaman Penda-tang Tanpa Izin (PATI) di Sabah, Pairin berkata, kehadiran lebih sejuta pendatang asing termasuk ratusan ribu PATI merupakan ancaman serius kepada kestabilan politik serta maruah negara yang berdaulat.

Masalah ini, katanya bukan perkara baru dan ianya tidak tertumpu kepada Sabah sahaja, masalah PATI ini juga wujud di Semenanjung Malaysia dan ianya merupakan masalah nasional yang memerlukan perhatian dan penyelesaian nasional.

“Sekiranya masalah ini tidak ditangani dan dibiarkan berterusan tanpa penyelesaian, saya percaya ia akan menimbulkan masalah sosial yang lain dan akan mengancam kedaulatan negara,” katanya.

Pairin berkata, parti itu akan terus mendesak agar Ke-rajaan Persekutuan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina terhadap Sabah yang telah ber-larutan sejak penubuhan Ma-laysia.

Secara khususnya, katanya PBS mencadangkan agar Kera-jaan Persekutuan meningkat-kan usaha untuk menyelesai-kan masalah tuntutan Filipina terhadap negeri ini termasuk membawa perkara tersebut ke dalam perbincangan dua hala.

Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ianya memberi alasan kukuh kepada pelarian dari Filipina untuk datang ke negeri Sabah yang pasti akan menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

1 comment:

Elah bali said...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya Ela dri Bali seorang TKI DI MALAYSIA. pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang sempat saya putus asah,gaji pun selalu di kirim ke indo untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak,kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH MANGKUBONO.katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL..dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH MANGKUBONO.karna saya pikir tidak ada salahnya kita coba,dan saya minta angka bocoran MALAYSIA..angka yang di berikan MBAH MANGKUBONO 6D TOTO syukur alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100%,bagi saudara-saudara di indo maupun di luar negeri,apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asa beliau bisa membantu meringankan masalah anda,dengan meritualkan angka togel ghoib,SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA DAN LAIN-LAINNYA 2D,3D,4D,5D, atau 6D yang betul-betul tembus,hubungi AKI MANGKUBONO di nomor hp: (+6285203333887ATAU